Tuesday, June 19, 2018

ASUS ROG Phone



ASUS sememangnya terkenal dengan legasi 'gila gaming' sejak bertahun lamanya dengan satu jenama yang tidak asing bagi peminat dunia gaming — ASUS ROG.


ASUS ROG adalah satu sub-jenama daripada ASUS yang membawa maksud "Republic of Gamers". Yang mana jenama ROG ini memfokuskan kepada dunia gaming semata-mata tanpa batasan. Idea ini diterjemahkan pada arena PC dan laptop.


Terkini, idea gila ROG ini dilontarkan pula pada dunia smartphone. Pada dunia smartphone itu sendiri mempunyai 'demand' yang tinggi bagi gaming. Jika tidak, masakan jenama seperti Razer Phone, Xiaomi Black Shark, dan nubia Red Magic memfokuskan kepada smartphone yang berasaskan kepada gaming?


ASUS ROG Phone ini ternyata berbeza berbanding Razer Phone, Xiaomi Black Shark, mahupun nubia Red Magic. ASUS ROG Phone sememangnya satu 'game changer'.


Dalam pada jenama lain mengekalkan rekaan yang tiada maksud luar biasa, ASUS ROG Phone memperkenalkan rekaan yang begitu unik, futuristik, dan 'mind blowing'. Bak kata orang London, "like no other".


Apa lagi kegilaan pada ASUS ROG Phone ini selain daripada rekaan yang futuristik?


'Fon masa depan' ini mempunyai tiga port pengecasan USB-C! Tiada seumpamanya di dunia ini. Ia bertujuan untuk memasang aksesori tambahan semasa gaming, dan juga boleh digunakan supaya tidak mengganggu ketenteraman semasa bermain game.


Dan lebih menarik lagi, fon ini dilengkapi dengan 3D vapor-chamber bagi tujuan penyejukan semasa gaming. Dan AeroActive cooler turut disertakan bersama, juga untuk tujuan penyejukan yang perlu dipasang pada fon.


Bateri yang bersaiz gergasi juga amat penting bagi gaming smartphone. Oleh itu, ASUS memuatkan fon ini dengan bateri sebesar 4000mAh dengan teknologi pengecasan pantas ASUS HyperCharge. Dunia gaming tanpa batasan dengan bekalan kuasa yang sentiasa menghidupkan enjin gaming!


ASUS ROG Phone ini juga menjanjikan pengalaman audio yang lebih padat dan padu. Jenama lain sudah membuang bicu audio 3.5mm, fon ini masih mengekalkannya. Dan tidak lupa juga, fon ini menggunakan 'front-facing' stereo speaker yang sudah tentu memberikan kepuasan mendengar muzik dan audio dentuman-dentuman yang sarat dan padat semasa bermain game.


Paling penting bagi gaming sudah tentu adalah sejauh mana fon ini boleh 'pergi'? ASUS ROG Phone dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon kelas bangsawan — Snapdragon 845 yang direka khas buat ROG Phone. Yang mana ia lebih pantas berbanding Snapdragon 845 yang digunakan pada peranti kelas bangsawan yang lain. RAM sebesar 8GB dan storan UFS 2.1 sebesar 128GB atau 512GB sudah tentu membuatkan fon ini tidak mempunyai masalah prestasi.


Spesifikasi utama ASUS ROG:

• Snapdragon 845 2.96GHz

• GPU: Adreno 630

• Bateri 4000mAh dengan ASUS HyperCharge

• Skrin 6" beresolusi 1080p dengan nisbah 18:9

• Skrin AMOLED untuk paparan lebih menawan

• RAM 8GB + ROM 128GB/512GB


ASUS ROG Phone dijangka akan dipasarkan pada bulan Ogos, dengan tag harga yang masih menjadi rahsia dan tanda tanya.


Dan janganlah anda mengharapkan fon ini dengan harga mesra poket dan mampu milik. Dengan spesifikasi yang ditawarkan, sudah tentu sedikit sebanyak akan mengoyakkan poket kita.